Selasa, 13 Ogos 2013

"Zammiluni" (Cover Me) by Aiman Azlan..New video!!!

Assalamualaikum..

Salam Aidilfitri, post raya tergendala sebab nk upload gambar sangat lambat.. before that, nak minta maaf sebab post seblum ni yg kata nk sgt tulis post dlm b. Inggeris (huh! poyo je..)x mnjadi sgt..but, i'll try post in English in another time..pray for me! Insha Allah! so,  now I want to share a video by Aiman Azlan..

Aiman Azlan?? Who's that?
Okay, anis xdela kenal sgt.. but I just know him as a vlogger, blogger, a Malaysian, study at Toronto and of course he is a guy! (daa..)

Apa yang anis nak kongsi kat sini one of his video yg sgt mnyentuh hati dan even tgok byk kali,  air mata still nak jatuh!  T.T



"Zammiluni" (Cover Me)



I might most of you dont get apa yg cuba disampaikan in this video. Well, ths video adalah untuk memperingati kisah cinta Nabi Muhammad s.a.w dan isterinya Khadijah..


Ingat tak,pada ketika Nabi Muhammad s.a.w pergi ke Gua Hira', dan turunnya wahyu pertama .. dan pada ketika itu Nabi Muhammad dalam ketakutan dimana beliau bertemu Malaikat Jibril. 

Pendekkan cerita,ketika Nabi Muhammad pulang dan menceritakan kisah kepada isterinya yang tercinta, Khadijah dalam keadaan menggigil.. lalu, Khadijah menenangkannya dgn menyelimutkannya..

So, the conclusion is seorang isteri perlulah bersama si suami di saat susah dan senang kerana syurga itu terletak di tapak kaki suami. But si suami dont take oppurtunity to use the word 'syurga itu dibwah telapak kaki suami' for kepentingan diri sendiri.


Please mohon betulkan jika ada yg salah..because i want to share something that gives us benefit..

Love after married may give more barakah! No couple! *sentapmak

owh! btw, you can connecting with him,
subscribe his video at Youtube, www.youtube.com/aimanazlan90
follow his Bloghttp://www.aimanazlan.com/
Facebookhttp://www.facebook.com/aimanazlan90
Twitter http://www.twitter.com/aimanazlan90

Sabtu, 15 Jun 2013

Oh My English !

Oh, MUET exam is around the corner.. I need to study for sitting the exam.. n it is my second time for sitting the exam, I must do something for get band 4 this time..

So, wish me gud luck.. n if u have some tips n comment for my english..just comment..n from now I will update this blog with English language..I think this method will help me to improve my writing,reading and speaking.. I'm so bit worry with my listening because I can't catch the correctly pronouncetation from the speaker.. Insya Allah.. I will try the best for this exam.. please help me !  Salam~

Rabu, 12 Jun 2013

Alhamdulillah.. I'm win!!!!

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah,
xsangka boleh menang juga..
selepas ber'tweet' hampir 2 minggu..
Sungguh,x pernah aq tweet sbanyak ni..
Dan ini kali pertama aq menghabiskan masa dengan Twitter..hahah
Then, baru aku tahu betapa seronoknya Twitteer hingga ramai rakan2 aku menutup akaun Facebook untuk meluangkan masa bersama 'Si Burung Biru' :)



syukur Alhamdulillah..rezeki, @ijan94

Mari sertai Teenager Award, Convention & Exhibition yang akan berlangsung di Dewan Centrum Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 29-30 Jun 2013.
Akan ada ramai panel yang hebat seperti Hilal Asyraf dan team Langit Ilahi, vlogger popular seperti Adibah Awang,Aisyah Shakirah, dan Ini Anwar Hadi,
Selain itu,Ustaz Hasrizal ,Rabbani,Imam Muda Asyraf dan Amin Idris juga akan dijemput juga.
Akhir sekali yang paling menarik, ikon remaja antarabangsa ,Fatih Seferagic akan diterbangkan dari USA khas untuk menghadiri TeenACE.
Wah!!Pasti gempak nanti..
Jom daftar cepat di www.langitilahi.com/teenace sementara harga masih tiket dalam promosi early bird..Maklumat lanjut layari www.langitilahi.com/teenace


Jom sertainya..terbuka untuk remaja dan orang awam!! Mari Menjadi Hamba!

Jumaat, 7 Jun 2013

Bismillah .. Bermula mengaktifkan 'Cerita' (Teenager Award,Convention & Exhibition(TeenAce)

Bismillahirramanirrahim ..

Alhamdulillah,setelah sekian lama tidak meng'update' apa2 cerita di blog..Bermulalah hari ini dengan 'cerita' dimana InsyaAllah dapat memberikan kebaikan kepada semua..




So,hari ini saya ingin mengongsikan 'event' dimana khas untuk remaja  iaitu Teenager Award,Convention & Exhibition (TeenAce) ..Program ini merupakan anjuran syarikat Langit Ilahi dimana kepunyaan penulis dan penceramah muda yang bukan calang-calang dan sangat dikenali iaitu Hilal Asyraf. Beliau bersama pasukannya akan mengadakan program (TeenAce) pada 29-30 Jun 2013 di Centrum Setiawangsa Hall,Kuala Lumpur ..  Pendaftaran juga telah dibuka..( Apa? remaja je? kami org yg melebihi had umur ni x boleh masuklah..duuhh~)Jangan sedih,jangan mengamuk,jangan rasa gundah gulana..anda juga dijemput masuk .. sekarang harga tiket tgh murah dlm promosi dimana remaja RM100.00dan orang awam RM120.00 ..MAHAL? erk..memangla mahal..tp harga asal tiket RM150.00 tau..nak pilih yg mana satu??ahah.. (xde tiket free ke ?) ada kot..haha.. Sesiapa yang ada akaun twitter tu bolehla tweet #teenace byk 10X ganda..larat x?haha.. yg xde akaun twitter plak,jgn guna akaun twitter kawan ke,mak ke,adik,abang,kakak..jangan..nnti depa yg dapat..tapi kalau niat nak sedekah xdela salahnya..heheh..

Okay,lupa nak cerita pasal jemputan-jemputan yg akan hadir dalam 'event' ini..tentunya CEO Syarikat LangitIlahi iaitu,Hilal Asyraf dan bersma pasukannya iaitu Ameen Misran,Bro Hamzah,Afdholul Rahman,Azhar Hilmi dan Abu Ridhwan.. Selain itu, beberapa vlogger terkenal juga akan dijemput seperti Adibah Awang,Aisyah Shakirah dan Ini Anwar Hadi yang telah memenangi 4 anugerah Digi Award..Imam Muda Asyraf,Rabbani dan Ustaz Hasrizal adalah antara jemputannya..dan yang paling menarik ikon remaja USA ,Fatih Seferagic akan diterbangkan dari USA ke TeenAce.. Wah! Hebatnya!!

                                                                      -Vlogger-
                                                           Adibah Awang dan Ini Anwar Hadi                                            


Fatih Seferagic :)


nak tiket free?? jom tweet #teenace sekarang!

                                                                                 

Tentatif program TeenAce


                                                                           

So,disini saya ingin berkongsi sebab Langit Ilahi ingin mengadakan program (TeenAce)
Hasil copy& paste dari page beliau di Facebook, Hial Asyraf (Official)
[Catatan Peribadi Saya: Kenapa Kami Adakan TeenACE]

Rakan-rakan Page Hilal Asyraf(Official) mesti melihat gencarnya promosi TeenACE kebelakangan ini, baik di Page saya ini, di website LangitIlahi, mahupun di Page FB LangitIlahi sendiri.

Syarikat yang saya tubuhkan sendiri, LangitIman Resources, dengan cabangnya - LangitIlahi Consultancy - menjadi penganjur utama program ini. Program ini besar, panel-panelnya juga hebat, bahkan makan minum peserta yang hadir disediakan, menjadikan ongkos program tinggi dan sebenarnya saya 'takut' hendak menganjurkan program ini.

Kalau orang tidak hadir, pastinya saya menanggung rugi yang amat dari segi kewangan. Sedang syarikat pun baru nak bermula.

Namun, ada satu perkara yang membuatkan saya mengenepikan ketakutan itu tadi.

Iaitu harapan untuk melihat lahirnya anak-anak muda yang punya cita-cita tinggi, bukan semata-mata untuk dunianya, tetapi jua untuk akhiratnya. Harapan untuk melihat wujudnya anak-anak muda belia yang menjauhi kenakalan remaja, dan mula membentuk diri semenjak awal lagi bagi menjadikan dirinya antara penggerak utama pembangunan masa hadapan Islam.

Mengapa kami datangkan ramai ikon di program kami? Hingga Fatih Seferagic pun kami hadirkan, begitu juga Anwar Hadi dan Adibah Awang, demikian jugalah kami datangkan 'senior-senior' seperti Ustaz Hasrizal Jamil dan Imam Muda Asyraf, mengapa?

Kerana kami mahu tunjuk kepada anak-anak, para remaja, pemuda-pemudi, bahawa mereka ada sebilangan manusia yang amat layak dijadikan contoh dalam kehidupan mereka. Agar mereka menjauhi selebriti-selebriti yang tidak syar'ie, agar mereka tidak lagi memandang artis-artis dedah aurat sebagai ikutan.

Agar mereka nampak, oh, ada rupanya orang Islam yang hebat, yang boleh dijadikan contoh. Yang cita-citanya, bukan berjaya di dunia semata, bukan wang dan populariti semata, tetapi adalah redha Allah SWT, dan syurgaNya. Aku nak jadi macam dia la. Aku nak hidup macam dia lah.

Ya. Itu yang kami mahu suntik pada anak-anak hari ini, kepada belia hari ini, kepada muda-mudi hari ini.

TeenACE, sama ada berjaya atau tidak, memang akan saya usahakan untuk menjadi program tahunan yang akan dianjurkan oleh kami di LangitIlahi. 

Orang pernah bertanya saya, apa bisnes LangitIlahi sebenarnya?
Jual baju? Jual button badge? Jual buku? Buat seminar?
Bukan, bukan dan bukan.

Saya sebenarnya telah menetapkan,
bisnes LangitIlahi yang sebenar adalah:
Mencetak manusia-manusia yang mampu menjadi harapan agama.

TeenACE tidak saya ingin jadikan seperti mana kebanyakan program lain, di mana peserta yang pulang tidak akan ada lagi attachment dengan penganjur program. Saya akan lancarkan LangitIlahi Community di Konvensyen Remaja TeenACE, mengajak agar para peserta TeenACE menjadi ahli Kelab LangitIlahi Community, agar 'follow-up' dapat kami lakukan. Kerana kami serius, hendak membina para pemuda, anak-anak, remaja belia, menjadi harapan agama masa hadapan.

Jika anda merasakan, TeenACE merupakan sebuah program, konvensyen, yang mampu memberikan sinaran harapan baru untuk Malaysia lima tahun mendatang, 10 tahun mendatang, dengan bermulanya kita membentuk, memberikan cetusan, kepada anak-anak, remaja, belia kita pada hari ini, maka saya harapkan jasa baik rakan-rakan Page saya ini, para pembaca karya saya, yang pernah bertemu dengan saya, yang pernah mendengar penyampaian saya, untuk membantu menjadi 'ejen' promosi kepada TeenACE.

Sebarkan maklumat berkenaan TeenACE, poster-posternya, dan promosikannya kepada rakan-rakan, keluarga, sahabat-handai. Selain penyertaan, mungkin juga jika anda ada kenalan yang diketahui sebagai 'berada', 'berduit', boleh diusahakan agar mereka menghubungi kami untuk memberikan sponsor kepada menjayakan projek TeenACE ini.

Jika ramai boleh menghadiri Jom Heboh!, Akademi Fantasia(bahkan sanggup beratur untuk menjadi salah seorang pesertanya), Konsert K-Pop, dan sebagainya,

mengapa tidak dengan TeenACE, yang kami usahakan untuk membina peribadi-peribadi yang mampu memberikan harapan besar kepada agama kita satu hari nanti.

Adalah besar impian saya,
apabila anak-anak, pemuda-pemudi, remaja belia pulang dari TeenACE, mereka mula membina impian mereka, mereka mula menjadi manusia yang bercita-cita, mereka mula membina perancangan untuk menjadi manusia yang berperibadi mulia.

Untuk masa hadapan agama kita. Untuk masa hadapan negara kita.

Maka rakan-rakan, bantulah saya. Jayakan impian ini.

-------------------------
Ayuh, sertai TeenACE! | KLIK! ▶ http://bit.ly/TeenACE

Maklumat lanjut di www.langitilahi.com/teenace dan di fanpage facebook Teenager Award,Convention & Exhibition


Jadi inilah masanya untuk  kita transformasi menjadi remaja yang bercita-cita tinggi,berwawasan dan tahu apa matlamat hidup yang perlu kita capai dalam hidup. Mari Menjadi Hamba!